![]() |
Habbatus Sauda, disebut dalam hadis Sahih sebagai ubat segala jenis penyakit kecuali mati |
Ia adalah biji-biji
kecil berwarna hitam, oleh kerana itu orang arab menamakannya habbatus sauda (biji hitam).
Biji yang kecil ini ternyata Subhanallah mengandung pelbagai zat yang sangat
diperlukan tubuh.
Nigella Sativa (nama latin pokok ini) tumbuh di pelbagai belahan dunia, termasuk
Saudi, Afrika Utara dan sebahagian Asia. Ia banyak didapati di kawasan Mediterranian dan di kawasan beriklim gurun. Nigella Sativa merupakan bunga fennel
dari keluarga Ranunculaceae. Biji-biji Nigella Sativa saiznya kecil dan
pendek (1-2mm), hitam, berbentuk trigonal, memiliki rasa yang
kuat dan pedas.
Jenis Bunga Nigella Sativa ada dua jenis, satu berwarna
ungu kebiru-biruan dan lainnya putih. Pertumbuhan bunga terletak pada bahagian
cabang manakala daunnya saling tumbuh bersebelahan secara berpasangan. Daun di bahagian
bawah bentuknya kecil dan pendek, sedangkan daun bahagian atas lebih panjang (6
- 10 cm). Batang bunga tersebut boleh mencapai ketinggian 12 -18 inci.
Nigella Sativa adalah tumbuhan biseksual iaitu berkembangbiak sendiri, membentuk sebuah
kapsul buah yang mengandungi biji. Apabila kapsul buah matang, ia akan terbuka
dan biji yang ada di dalamnya akan terkena udara dan berubah menjadi hitam.
Oleh itu ia disebut Biji Hitam (Black Seed).
Nama lain Habbatus Sauda` adalah Nigella Sativa, Al-Karawiyyah
as-Sauda’, Al-Kamoun al-Aswad, Al-Syuniz, black cumin, kerosene, coal oil,
carazna.
Nigella Sativa pertama ditemui di daerah Tutankhamen,
Mesir dan memiliki peranan penting dalam amalan kehidupan Mesir Kuno. Tanaman
ini tumbuh liar di negara Mediteranian, lalu dikembangbiakkan di Mesir
dan Syria. Raja-raja pada masa itu sangat berhati-hati dalam menggunakan
tanaman terbaik sebagai ubat.
Dioscoredes, ahli fizik Yunani abad pertama melaporkan
bahawa Nigella Sativa dipakai untuk mengubati sakit kepala, hidung tersumbat,
sakit gigi, dan penyakit dalaman. Selain itu juga digunakan ketika menstruasi
dan meningkatkan produksi susu ibu.
Tokoh Muslim, Al Biruni (973-1048), yang menggabungkan
ubat-ubatan natural India dan Cina menyebut bahawa Nigella Sativa adalah
sejenis biji-bijian yang digunakan sebagai bahan nutrisi pada abad ke 10 dan 11
Masihi.
Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang
berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Nigella Sativa merupakan
penyembuh yang sangat bernilai dalam mengubati fungsi pencernaan dan hepatitis
yang digambarkan sebagai stimulan untuk kondisi-kondisi berbeza, dan meredakan
demam tinggi.
Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya The Canon
of Medicine, yang dianggap sebagai buku terkenal di dunia kedoktoran baik di
Timur atau Barat, menyatakan Nigella Sativa bermanfaat menstimulasi energi tubuh dan membantu penyembuhan dari keletihan atau kurang semangat.
Pelbagai penelitian membuktijan Nigella Sativa dapat
meningkatkan sistem imuniti tubuh jika digunakan selalu.
Di negara-negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama
berabad-abad menggunakan Nigella Sativa untuk mengubati penyakit ringan
termasuk asma dan bronkitis, rematik dan luka radang, meningkatkan produksi
susu ibu, mengubati gangguan pencernaan, membantu menjaga sistem kekebalan
tubuh, meningkatkan kemampuan pencernaan dan pembuangan, dan melawan infeksi
parasit. Minyaknya digunakan untuk mengubati penyakit kulit, seperti ekzema, dan radang serta mampu mengubati gejala pening/pitam.
Sungguh banyak manfaat kesihatan yang bisa didapatkan
dari Nigella Sativa sehingga tidak menghairankan ia disebut the
seed of blessing / Habbatu barakah (bijian yang berkat).
Kandungan Habbatus Sauda :
Monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, unsaturated
essential fatty acids, EFA. EFA tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu sumber
utamanya ialah dari makanan. Juga ada acid amino yang membentuk protein,
karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.